Pengenalan

1Gov*Net ialah satu rangkaian bersepadu untuk Sektor Awam yang diuruskan secara berpusat bagi menyediakan perkhidmatan komunikasi data, suara dan sidang video untuk semua agensi kerajaan di peringkat Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.

1Gov*Net menyediakan tiga (3) kemudahan perkhidmatan rangkaian iaitu:

  1. capaian ke aplikasi-aplikasi EG,
  2. capaian ke aplikasi dalaman agensi, dan
  3. capaian ke Internet.

 Berikut adalah senarai projek-projek aplikasi EG di bawah tanggungan MAMPU:

  1. eSPKB (Jabatan Akauntan Negara Malaysia Kementerian Kewangan)
  2. ePerolehan (Unit ePerolehan Kementerian Kewangan)
  3. HRMIS (Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA))
  4. E-Syariah (Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM))
  5. SPP II (Unit Penyelarasan Pelaksanaan (UPP))
  6. Jobs Malaysia (Kementerian Sumber Manusia)
  7. eKehakiman (Mahkamah Persekutuan Jabatan Perdana Menteri (JPM))
  8. POWER (Bahagian Pasca Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA Pencen))

Objektif utama 1Gov*Net ialah:
  1. mewujudkan satu Rangkaian Telekomunikasi ICT Bersepadu Kerajaan (Government Integrated Telecommunication Network) yang selamat dan diyakini boleh digunapakai oleh semua agensi Sektor Awam,
  2. menyokong pelbagai perkhidmatan komunikasi komprehensif merangkumi komunikasi data, suara dan sidang video, dan
  3. memantau dan mengurus pencapaian Service Level Agreement (SLA) rangkaian ICT Kerajaan yang seragam.

Arkitektur Rangkaian

Rekabentuk rangkaian 1Gov*Net berasaskan kepada teknologi secured dan private IP network. 1Gov*Net mempunyai keupayaan IP Core yang menyokong bandwidth tidak kurang dari 40Gbps. Teknologi rangkaian yang digunakan adalah IPv6 ready.

Arkitektur 1GovNet

Infrastruktur rangkaian mengandungi node-node access, aggregator dan core. Sambungan bandwidth node-to-node fleksibel dan boleh dipertingkatkan. Manakala sambungan antara node (PE – Provider Edge) menggunakan teknologi optikal (optical technology) dengan kelajuan antara 10Gbps hingga 40Gbps.

PE yang digunakan untuk implementasi projek 1Gov*Net adalah dedicated untuk Kerajaan sahaja dan tidak dikongsi bersama dengan pihak lain.

Tadbir Urus

Bagi memastikan pelaksanaan projek 1Gov*Net berjalan lancar serta mematuhi skop kerja serta terma-terma yang terkandung dalam kontrak perkhidmatan, satu mekanisme tadbir urus diwujudkan.

Struktur mekanisma tadbir urus 1Gov*Net seperti berikut:

TadbirUrus1GovNet


Terma Rujukan Tadbir Urus
  
TadbirUrus1GovNet2.1
  • Meluluskan dasar, undang-undang, prosedur, dan peraturan berkaitan projek;
  • Meluluskan perancangan, strategi dan pelan pelaksanaan;
  • Memantau pelaksanaan dasar, strategi dan program pelaksanaan;
  • Melaporkan kemajuan projek serta mendapatkan arah tuju daripada JITIK;
  • Membincangkan dan menyelesaikan isu-isu pelaksanaan.
TadbirUrus1GovNet2.2
  • Merancang serta menyediakan strategi dan pelan pelaksanaan projek;
  • Memantau kemajuan pelaksanaan;
  • Mengenalpasti keperluan-keperluan projek;
  • Melaporkan kemajuan serta memberi khidmat nasihat kepada Jawatankuasa Pemandu mengenai aspek-aspek teknikal; dan
  • Memutuskan perkara-perkara teknikal berkaitan pelaksanaan projek.
TadbirUrus1GovNet2.3
  • Memberi fokus kepada bidang teknikal dan bisnes mengikut keperluan dan kesesuaian projek;
  • Mengurus dan melaksanakan projek mengikut skop yang ditetapkan; dan
  • Melaporkan kepada Jawatankuasa Teknikal.
TadbirUrus1GovNet2.4
  • Memberi pendedahan dan kesedaran kepada pegawai dan kakitangan;
  • Melaksanakan kajian semula bagi memantau dan mengukur tahap keberkesanan; dan
  • Memastikan faedah program diperoleh oleh pihak pengurusan atasan, pengurusan pertengahan dan pegawai sokongan.
 

 

Perkhidmatan 1 Gov*Net

 Perkhidmatan Rangkaian 1 Gov**Net yang disediakan ialah:

  • Perkhidmatan Utama:
    • Permohonan talian baru
    • Perpindahan talian
    • Naik taraf atau turun taraf talian
    • Integrasi dengan talian di agensi
    • Konsolidasi dengan talian di agensi
    • Penamatan talian
  • Perkhidmatan Sokongan :
    • Pemasangan Firewall
    • Pemasangan Bandwidth Management Tools (BMT)
    • Managed Internet Services (MIS)
    • Remote Access
    • Pemasangan switch
    • Pengurusan projek

 

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut hantarkan pertanyaan anda kepada:
 
Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Jabatan Perdana Menteri Bahagian Perkhidmatan Gunasama ICT
Bangunan MKN-Embassy Techzone
Aras 1, Blok B,No 3200, Jalan Teknokrat 2,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan
(u.p : Tuan Haji Muhammad Rosli bin Abdul Razak)
Pengarah Bahagian Perkhidmatan Gunasama ICT

atau hubungi pegawai kami seperti berikut:

Puan Rubaiah binti Hashim
Timbalan Pengarah
Telefon :03-8872 7414
E-mel :rubaiah.mampu@1govuc.gov.my

Puan Noor Asikin binti Abdullah
Ketua Penolong Pengarah
Telefon: 03- 8872 6201
 
Find us on Facebook
Follow Us